Sunday, 2 June 2013


Ni perbezaan antara anak sulong dan anak kedua..pipi anak kedua lebih tembam coz 2.8 berbanding si abg hanya 2.6..dagu abg lebih berbentuk dan si adik ada double chin...hopefully anak2 ummi akan menjadi mukmin, anak, suami dan pemimpin yang soleh dan najah di dunia dan di akhirat..amin...

Kelahiran Ziyad Muayyad, Kesayangan Ummi

Diam xdiam aku telah selamat melahirkan baby lelaki yang comel, Ziyad Muayyad..scan dulu baby girl, tp alhamdulillah dikurniakan baby boy..xapalah, Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Walaupun begitu, semasa mengandungkan Ziyad ni sehinggalah dah bersalin, mmg rezeki murah..Walaupun xsemewah abgnya dulu Muaz Muayyad yang lahir di Hospital swasta dan mendapat hadiah yang mahal.. namun rezki semasa melahirkan Ziyad alhamdulillah, walaupun bersalin di wad kelas ketiga Hospital Sultanah Bahiyah dan berpantang di rumah ibu mertua, xsama dengan Muaz sbb Muaz dulu berpantang dgn mak sendiri..rezeki Allah kurniakan masya Allah..kutipan wang sedekah pon agak byk dan hadiah yang diterima pon alhmdulillah..agaknya inilah bayaran apabila bersabar sebb masa mengandungkan dan melahirkan Ziyad sangat sakit dan menempuh pelbagai dugaan..sehingga skrg aku pantang makanan ber"angin" ni...tp menjaga Ziyad bukanlah satu masalah, alhamdulillah..cuma kesian pada Muaz, agak terabai sedikit..Ummi akan cuba membahagikan kasih sayang sama banyak untuk anak2 ummi. Hari ni, 2hb Jun sangat happening coz mak dgn abg on de way nak mai kedah, so sgt excited...xsabar nak jumpa dorg.. pen off dulu, Hope u olz have a wonderful day :)